1. Potty training. ’nuff said.
2. Judgmental people.
Contoh :
“Eh Mashitah, kau tak bf (breastfeed) anak kau ke? Kau tak sayang dia ke? Kau tanak bagi segala nutrien yang terbaik kepada anak kau ke??” ujar Maimunah sambil menyuapkan french fries kepada anaknya yang berusia setahun.
“Anak aku nanti aku nak hantar dia ke tadika Qudees. Ye lah, aku nak bagi yang terbaik kat my precious princess.” kata Hamidah yang tahap pendidikan diri sendiri meragukan dan hobi masa lapangnya mengomen dalam blog Beautiful Mara.
“Aku beli baju raya anak aku ni kat Pumkin Pach, ye lah tengah ada sale ni. Baju dia kualiti elok. Anak kau pakai baju Carrefor lagi ke tahun ni?” soal Lela yang keupayaan mengejanya boleh dipertikaikan.
Ah macam-macam lagi lah. Pendek katanya selagi kau bernafas orang akan komen dan judge atas segala perlakuan kau. Umpama kau bernafas pakai gas hidrogen, tak seperti mereka yang lain hidu gas oksigen.
3. Tantrum
Aku tak gemar tengok budak-budak tantrum kat pasaraya minta barang mainan atau nak naik kuda robot dari mak bapak diorang. Lagi-lagi kalau budak tu tak comel (seperti makbapak dia). Takutnya aku kalau anak aku kalau tak comel (mustahil) dan meronta-ronta nak mainan di toys r us? Oh tuhan tidakkkk.
4. Mengajar ABC, 123, alif ba ta.
Aku tak tahu sama ada aku punya kesabaran untuk ini semua. Justeru aku makan kismis, kurma, almond, susu kambing sekerap mungkin dari sekarang agar anak aku lahir genius dan aku tak perlu mengajar beliau benda-benda remeh sebegini. Apa barang ABC, hafal chemistry formula terus.
5. Kena ejek kat sekolah.
Ye lah, nama anak aku nanti Putera Rayyan Marsupial Dewata Raya dan Puteri Homo Sapiens Batrisya Amanee. Confirm ada kawan-kawan sedarjah yang mempunyai nama pasca kampung seperti Ryan dan Danish yang akan mengejek mereka.
Banyak lagi sebenarnya. Nanti aku update lagi.