Soe Hok Gie, karakter dari filem Gie, lakonan Nicholas Saputra ada mengutarakan konsep demokrasi terpimpin, di mana filem itu menyerlahkan Gie, seorang demonstran, sebagai lancang mengkritik ideologi politik ini yang pertama kalinya diperkenalkan oleh bapak Presiden Sukarno. Menurutnya demokrasi terpimpin adalah sebagai topeng untuk menindas golongan bawahan, iaitu berdasarkan elemen autocracy di dalam konsep tersebut. Pada amatannya, sistem ini telah menggagalkan masyarakat, di mana rakyat hidup semakin melarat dengan kenaikan harga barang dan juga bahan api. Perlu diingat zaman Soe Hok Gie ini merupakan zaman parti komunis berleluasa di Indonesia.
He was famously quoted to say this about his teacher who failed him, “Guru model begituan, yang tidak tahan dikritik boleh masuk keranjang sampah. Guru bukan dewa dan selalu benar. Dan murid bukan kerbau”.
I can resonate this statement with a number of situations. Especially where teachers who think they are right all the time and leave no room for constructive arguments/discussions. I can’t recall how many times I was shunned by the teachers for voicing out, disagreeing and at times even just by asking questions. But more on this in a separate post.
Berbalik kepada konsep demokrasi terpimpin. Coming across this concept has brought my memories back to this one time in Bali in September 2014 where I had the chance to befriend a local Balinese surfer. I asked him about the local projects being developed in Jakarta, including the MRT line. Told him that it’s good that Indonesians will soon be able to commute using rapid trains. His short reply was, korupsi semua itu.
Not that his opinion is profoundly mattered, knowing him, doubt that he reads or understands economic needs and nature of a country. But still, its interesting that he thinks of every development projects in Jakarta is corrupted.
Which brings to my next point, nationalism. Where art thou?
Mahasiswa yang terdahulu, baik dari negara Indonesia mahupun Malaysia, berjuang atas semangat nasionalisme, iaitu sayangkan negara. Masyarakat ketika itu sering berfikiran kritis dan radikal. Tindak tanduk perjuangan sering berlandaskan semangat cintakan negara, yang well at that time Indonesia and Malaysia were infested with communism.
Bagi aku kita perlu punya rasa takut, yakni takut akan hilangnya nilai perjuangan untuk mengangkat masyarakat dan negara kepada keadaan yang lebih baik. Apa yang aku elakkan ialah manusia sekeliling yang berfikiran jumud, for them are lazy dan selalu mengikut sahaja.
Masalahnya sekarang rakyat semakin kritis, sering mempersoalkan dan mengutuk tindak tanduk kerajaan / pemimpin. Namun atas dasar apa? Patriotisme atau sebaliknya? Jika dilihat apa sahaja tindakan kerajaan akan dikritik sepenuhnya oleh rakyat yang pada pengamatan aku tidak faham / malas untuk memahami dasar-dasar, terutamanya dasar ekonomi negara.