Medan, Sumatera Utara

Sumatera Utara.

Processed with VSCOcam with c1 preset

Actually aku tak berminat sangat travel to this part of Indo, walaupun susur galur keluarga aku berasal dari Palembang. Sebabnya? Sumatera bagi aku kurang tempat menarik untuk traveler, berbanding dengan kawasan Indo yang lain, such as Tanah Jawa, Sulawesi dan Irian Jaya.

Akan tetapi.

Travel tetap travel. Hatta walaupun dah penah ke Medan suatu ketika dulu, tapi bila abang aku offer nak pegi lagi (cheap AA tix) so aku pun ikut lah depa. Lagipun ni cuma weekend trip, aku pun on kan saja.

Medan ni merupakan bandar ke-4 terbesar di Indo. Mempunyai ramai penduduk cina bertutur dalam bahasa hokkien, so rasa macam balik kampung plak (cina kedah & penang memang cakap hokkien). Kami di pertemukan dengan driver Kijang berketurunan cina yang baik hati. Bahasa indonesia bapak Ah Wan sangat flawless. Abang aku booked hotel Citi Inn International kat Jl. Sun Yat Sen (klakar dowh hotel ni) untuk kami berenam..kami share 3 connecting bilik. Aku tak amek gambar hotel..sebab haha…bodoh la hotel ni. Toilet takde pintu..cuma curtain jarang. Cermin dinding toilet pun yang jenis jarang..tak mampu aku nak berak dengan inzal. Hot shower tak berfungsi, lampu ketiga-tiga toilet tak boleh tutup, rasanya only 2 charging plug yang available untuk seisi rumah (wtf), tak ada sabun mandi, etc etc. Pendek kata memang lawak la aku rasa hotel ni. Tapi for RM160 per night for all 3 rooms, nak complain apa nya. Ha ha.

Kami sampai Kuala Namu International Airport (dulu Polonia) jam 9pm. Amek cab untuk ke bandaraya Medan. Airport baru ni jauh dengan town..about 45mins – 1 hour camtu. Singgah makan kat Restoran Ayam Penyet Surabaya otw to town. Biasa saja..waroeng penyet lagi sedap kot. Maybe sebab dah lewat, banyak item dalam menu tu dah abes. Hampa harapan aku nak minum alpokat.

Dah sampai hotel. Ingat maybe nak kluar balik ronda2 town..tapi memandangkan hotel tu far from town (cam kat area pekan koboi – kosong time malam tu) so makanya aku pun tido saja la.

After breakfast kami hire cab (turned out to be our designated driver kat sana sampai balik) bawa kami ke Pajak Ikan. Pajak Ikan ni tak jual ikan, tapi jual telekung, kain lace, barang2 ke haji, etc. Mak aku pun suka lah. Shopping serba sedikit then kami ke few places pulak. Semuanya bercirikan shopping. Tapi Medan ni nan hado..as compared to Bandung. Aku beli telekung sepasang and kain lace. Lunch kat Garuda Nasi Padang..sedap tapi mahal la. 6 orang RM100+-. Mahal la tu for nasi padang standard, and dekat indo plak tu.

Then petang tu aku dengan abang aku naik motor beca pegi spa. Spa yang ermm..busuk sikit aa as compared to the ones in Bali or Bandung. Harga kemain lagi..urut plus lulur Rp270k. Mahal la bagi aku. Tapi dah sangap plus sakit badan, aku pun bayar je la. Lepas abes session, lebih kurang 2 jam, aku tengok2 abang aku dah takde. Dia whatsapp suruh aku balik sendiri sebab dia pegi tempat lain. So ok la..aku pun jalan2 sikit tapi ya ampun there’s nothing there. Kawasan tu walaupun kat town tapi cam takda benda menarik. Aku pun malas nak pegi jauh2..just singgah Indo Mart beli coffees & nuts then aku amek motor beca balik hotel. Kat sini nescafe kotak dia macam-macam jenis weh..ada caramel, mocha etc.

OK tips, harga teksi and motor beca adalah sama..walaupun teksi jauh lebih selesa dan kurang bahaya berbanding beca. Tapi bak kata abang aku, kesian kat depa ni competition too steep & tak ada peluang kerja yang lain, so amek lah service beca depa. Terpulang la.

Malamnya kami semua pi Sun Plaza, tak silap aku shopping mall paling gah kat Medan kot. Jangan tak tau, kat situ ada MNG, Sogo etc. Kedai makan pun best2 la. Ada 3 bookstores, Gramedia, Popular dan Times Bookstore. Dinner kat Waroeng Ubud, food not bad..aku makan mee goreng indo, small portion tapi mengenyangkan la.

Kami balik after that. Capik mengantuk semua ada. Abang aku keluar balik pi mana ntah..aku terus tido.

The next day aku bangun sesudah subuh sapi’e. Gara-gara arahan shopaholic yakni mak aku, yang nak ke Pajak Ikan sekali lagi. *pitam. Tapi aku ada agenda lain, nak pegi Pasar Buku..nasib baik dekat2 je. So aku ke Pasar Buku dulu then meet up dengan diorang kat Pajak Ikan. Aku beli buku-buku Pramoedya Ananta Toer, tak terdapat di Gramedia mahupun kedai buku lain. And satu buku dari Habiburrahman El Shirazy. Total tak sampai RM60 untuk semua buku tu. Good investment rasanya.

Tips. Dekat Pasar Buku tu ada Merdeka Walk, terdapat cafe2 & fast food cam Pizza & McD. Go to McD for wifi, tapi jangan masuk toilet dia. Nanti menyesal.

Lepas aku shopping buku dan mak & aunty aku shopping kain, kami pun balik dan check out. Zas pi shopping cake & bika ambon pulak..kat kedai Zulaikha ni. Famous orang kata. Then beli peanut cookies kat tempat lain plak. Singgah toko buah, aku beli alpukat 3 biji, tak sampai RM6 weh murah gila. Kat Malaysia sebiji pun dah RM5.

Then Ah Wan si cab driver pun menurutkan kehendak kami untuk makan seafood. Maka kami terus ke Pantai Cermin, sejauh 2+-jam dari Kota Medan.

Pantainya?

image (4)

He he.

Air coklat tu pun beratus orang mandi. Ombak ngan angin kuat gila. Tapi tengah2 laut tu air biru muda…cam mengancam jugak kan. Cuma depan2 ni air kaler milo la..milo sedap, air laut ni aku no komen. Oh pasir dia kaca2, hence the name Pantai Cermin. Tak sure betul ke tak tapi aku rasa betul la.

Seafood chinese style..sedap, kepiting (ketam) gemuk2 and murah. Masakan tak jauh beza dengan local chinese seafood. Enjoy la kami makan tepi laut dengan angin kuat tu.

Lepak buang masa sekejap then kitorang pun terus ke airport. Dari Pantai Cermin to Kuala Namu I’national Airport amek masa lebih kurang 45 minit. Ada juga train yang menghubungkan airport dengan kota Medan. Tak salah aku bayaran Rp80k sorang. Airport depa ni besar dan moden..tapi maybe sebab baru, ada banyak lagi kedai tak buka. Siap ada retail boutique bagai.

Kali ni jugak first time dalam sejarah kami sampai 3 jam sebelum scheduled flight. Awal gila! ha ha tapi tu la..tau2 dah abes journey di kota Medan ni. Balik KL esok keja!

Advertisement